JKKN bantu penggiat seni jana pendapatan melalui program wacana - Utusan TV
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan menganjurkan Program Wacana Pembangunan Produk Seni Budaya 2022 pada 8 September (Khamis) bermula pukul 9.00 pagi bertempat di Auditorium Mini Kompleks Pelancongan Malaysia (MATIC) Kuala Lumpur.
Majlis perasmian penutup akan di sempurnkan oleh Ketua Pengarah JKKN, Mesran Mohd Yusop.
“Program ini diharap dapat membantu penggiat dan usahawan seni budaya untuk mempelajari dan sama-sama berkongsi idea dalam pembangunan produk seni budaya ke arah perkembangan digital masa kini,” katanya.
Bertemakan Melangkah Ke Alam Digital, wacana ini bertujuan untuk berkongsi maklumat bersama individu dan kumpulan seni budaya berkaitan perkembangan teknologi digital menerusi pendedahan kepada konsep ekonomi digital, pemasaran dan promosi atas talian melalui pendekatan terkini.
Program ini adalah untuk membangunkan penjenamaan serta pemasaran produk seni budaya berasaskan platform digital melalui pendedahan kepada konsep block chain (rantaian blok) dan NFT (non fungible token).
Selain itu juga, program ini menyediakan ruang jaringan kerjasama antara penggiat dan usahawan seni budaya (seni persembahan) dengan pakar industri teknologi digital. Ia dilaksanakan melalui pertukaran maklumat antara kedua-dua pihak.
Pelaksanaan program ini juga bertujuan bagi menggarap kaedah dan pelaksanaan baharu menggunakan platform digital sebagai nilai tambah penjanaan ekonomi melalui hasil produk penggiat atau usahawan seni budaya selaras dengan konsep terkini ekonomi pengetahuan.
Antara tajuk dan panel jemputan adalah seperti:
- Penerokaan Metaverse Dalam Dunia Seni Budaya, Bersediakah Kita? oleh Prof Madya Ahamad Tarmizi Azizan, Pengerusi Persatuan Pendidik Animasi Malaysia (PPAM).
- Peranan Syarikat Korporat dalam Membantu Perkembangan Seni Budaya Tempatan oleh Puan Zainariah Johari, Ketua Unit Seni Budaya dan Ruang Awam, Yayasan Hasanah.
- Kaedah Memulakan Strim, Strategi, Potensi dan Perniagaan Atas Talian oleh Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad, Pengasas dan Pengurus ZRA Strim.
- .Bicara Seni : Mendepani Arus Digital Dalam Dunia Seni bersama Datuk Ramli Sarip.
Penggiat dan usahawan seni budaya yang berminat boleh mendaftar melalui pautan https://forms.gle/PQWixf1V4bKjo7aEA.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 September (Isnin). Bagi mendapatkan
maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang JKKN iaitu www.jkkn.gov.my ataupun boleh layari facebook JKKN melalui pautan www.facebookcom/mysenibudaya.
https://utusantv.com/2022/09/01/jkkn-bantu-penggiat-seni-jana-pendapatan-melalui-program-wacana/